Umno Dan Politik Islam

jais-sarday-khaled-umno70

Baru lepas selesai Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Ulangtahun ke-70 Penuhuhan UMNO di Mesjid Sultan Ibrahim, Air Hitam..

Antara pesanan YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, yang juga Menteri Besar kita dalam ucapannya tadi, yang menusuk kalbu..

'UMNO; suatu matan yang mengikat anak bangsa dengan satu kepercayaan bahawa kita harus hidup dengan cara yang baik, cara yang merdeka, cara terhormat dan cara bermaruah.

jais-sarday-doa-selamat

Satu wadah yang memberi ruang untuk anak bangsa bangkit untuk membela agama dan tanahair sendiri, dengan cara yang bertamadun, dengan cara yang mengangkat persaudaraan dan persahabatan.

Dan inilah yang diperjuangkan oleh UMNO selama ini... tiada yang lain.

Perjuangan membela bangsa dan negara atau hizbul watan juga adalah satu tugas dan kewajipan agama.

Dan kerana pentingnya peranan agama dalam perjuangan UMNO, maka sudah sampai masanya UMNO memikirkan jalan ke hadapan - bagaimana ideologinya yang nasionalis itu, dapat menjadi instrumen menterjemahkan Islam dengan sebaik-baiknya.

jais-sarday-ahli-umno

Yakinlah, masa depan UMNO sangat bergantung kepada bagaimana UMNO memperjuangkan politik yang berasaskan Islam atau apa yang saya panggil politik Islam.

Sebabnya mudah - kerana Islam itulah yang memberikan identiti pada bangsa Melayu..'
Umno Dan Politik Islam Umno Dan Politik Islam Reviewed by Jais Sarday on Mei 23, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.