Hari Terbuka Majlis Perbandaran Kluang Meriah

mpk-jais-sarday

Program pagi ini saya merasmikan Hari Terbuka Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Tahun 2017.

Ini adalah platform yang sesuai dalam usaha MPK meningkatkan mutu kualiti penyampaian perkhidmatan dengan membuka ruang untuk medekati masyarakat. Ramai yang menyatakan rasa puas hati kerana ia dalam keadaan yang baik.

Syabas dan tahniah di atas pencapaian MPK yang memenangi Gold Green Apple Award, Penarafan 5 Bintang yang menjadikan MPK ke-5 terbaik di Malaysia dan yang terbaru Duta Hijau Dunia 2017. Cabaran seterusnya adalah untuk kita mengekalkan prestasi kita ini di masa-masa akan datang.

Dulu orang di luar Kluang yang datang ke Kluang nak minum kopi je.. hari ini mereka juga datang dalam masa yang sama mereka bergambar di laman kreatif.

Cita-cita saya nak jadikan masyarakat dan PBT compliment each other. Kalau PBT ade tanggungjawab untuk longkang, kemudahan dan sebagainya.. masyarakat juga ada tanggungjawab jaga kemudahan dan jaga kebersihan. Supaya Bandar Kluang adalah bandar yang terbersih dan lestari di dalam dunia.
Hari Terbuka Majlis Perbandaran Kluang Meriah Hari Terbuka Majlis Perbandaran Kluang Meriah Reviewed by Jais Sarday on November 18, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.