Iskandar Puteri Kini Bandaraya Ke 2 Negeri Johor

iskandar-puteri-jais-sarday

Menjunjung kasih dan merafak sembah tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan mencemar duli berangkat bagi menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pagi ini.

Mulai hari ini, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri menjadikan ianya sebagai bandaraya ke-2 dalam Negeri Johor dan ke-14 di Malaysia.

Sesungguhnya pengisytiharaan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku ini memberikan semangat baru buat warga Iskandar Puteri dengan anjakan paradigma dalam peningkatan sistem penyampaian dan mutu perkhidmatan yang bersandarkan kepada amalan terbaik global sesuai dengan tarafnya sebagai bandaraya.

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini juga membuktikan penzahiran keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada pembangunan Negeri Johor serta agenda mensejahterakan rakyat yang menjadi keutamaan YAB Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled bin Nordin.
Iskandar Puteri Kini Bandaraya Ke 2 Negeri Johor Iskandar Puteri Kini Bandaraya Ke 2 Negeri Johor Reviewed by Jais Sarday on November 22, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.