Kluang Tuan Rumah Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Johor

mulid-nabi-jais-sarday

Pada pagi ini saya sertai perbarisan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Johor.

Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkenan mencemar duli berangkat mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul.

Pekat juga loghat jawa Kadi Daerah Kluang, As Syeikh Tuan Haji Mohd Taufik Bin Dato' Kiyai Haji Shamsuddin tadi dalam masa sampaikan syarahan bertajuk "Kasih Nabi Membawa Ke Syurga".

Marilah kita sama-sama untuk sentiasa berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kerana banyak fadilatnya. Hiasi diri kita dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya", Surah Al Ahzaab, ayat 56.
Kluang Tuan Rumah Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Johor Kluang Tuan Rumah Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Negeri Johor Reviewed by Jais Sarday on Disember 01, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.