5 Fokus Utama Penambahbaikkan Isu Perumahan di Johor

perumahan-johor-jais-sarday

Petang tadi merupakan giliran saya membuat penggulungan untuk sidang Dewan Negeri Johor.

Antara perkara yang saya jelaskan ialah berkenaan isu lambakan hartanah yang dibangkitkan oleh Bank Negara Malaysia dalam laporannya mendapati pada suku pertama tahun 2017, jumlah keseluruhan harta tanah kediaman tidak terjual di Malaysia adalah sebanyak 130,690 unit. Jumlah harta tanah yang tidak terjual ini termasuklah harta tanah yang telah siap dan dalam proses pembinaan yang menjadikan Johor menyumbang tertinggi 27 peratus.

27 peratus jumlah hartanah itu adalah termasuk pangsapuri perkhidmatan dan SOHO, sedangkan kedua-dua ini adalah dikategorikan sebagai komersial.

Berdasarkan Laporan Awalan Pasaran Hartanah Tahun 2017 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia, hartanah berketegori perumahan (tidak termasuk SOHO dan pangsapuri perkhidmatan) di Negeri Johor hanya mencatatkan kadar tidak terjual sebanyak 3,893 unit, kedua tertinggi selepas Kedah yang mencatakan sebanyak 4,353 unit.

Ini bermakna, laporan Bank Negara bersifat umun dan tidak spesifik kepada isu ketidakseimbangan kependudukan unit-unit perumahan sahaja.

Terdapat 5 fokus utama yang digariskan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam menambahbaik isu perumahan;

1) Meningkatkan kecekapan pengurusan pendaftaran dan pengagihan Perumahan Rakyat Johor.
2) Menambahbaik prosedur pemohonan Skim Pembiyaan Rumah Mampu Milik AmBank Islamic Berhad.
3) Penambahbaikan dalam menyediakan bekalan rumah bagi golongan fokus termasuklah pertengahan yang tidak layak untuk memohon rumah mampu milik.
4) Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian segera bagi mendalami isu perumahan secara keseluruhannya melalui Digital Johor sebelum sebarang tindakan susulan dilaksanakan.
5) Menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji keperluan pengenalan inisiatif-inisiatif baru bagi menangani isu ketidakseimbangan hartanah bersama dengan pihak berkepentingan di Negeri Johor berdasarkan data-data yang diterima dan di analisis oleh Digital Johor 4.0.
5 Fokus Utama Penambahbaikkan Isu Perumahan di Johor 5 Fokus Utama Penambahbaikkan Isu Perumahan di Johor Reviewed by Jais Sarday on November 30, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.